Ahad, 20 November 2016

Kurus dengan selamat dan semulajadi

Assalammualaikum ,
Bismillahirohmannirohim,selamat petang dan selamat berhujung minggu.

Tahukah anda cara yang paling selamat dan cepat untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan ideal. Kini, penyakit obesiti terlalu meningkat di kalanagn masyarakat Malaysia. Ini kerana masyarakat Malaysia kurang mengambil berat masalah ini dan sering memikirkan perkara ini amat remeh.
Jika anda sedang berusaha untuk kuruskan badan, sudah tentu  anda mahu mendapatkan hasil yang segera. Dengan pelbagai idea fad diet, mencuba produk untuk mengurangkan berat badan  di pasaran , pelbagai petua dan program – program latihan seperti senaman dan sebagainya semua menjanjikan penurunan berat badan dalam masa tertentu yang boleh menyebabkan tekanan dan kadang-kadang mengelirukan.
Jadi berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan selamat.
1. Pastikan makanan betul-betul hancur barulah ditelan.Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Amalkan memakan makanan yang kurang berlemak. Pastikan kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat, kuih muih, dan makanan segera.
3. Jika anda sering terasa lapar, makan nasi dalam kuantiti yang sedikit dan banyakkan makan lauk pauk, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, amalkan minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
5. Pastikan anda tidak mengamalkan makan dilewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan makanan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
6. Pastikan anda tidak terlepas waktu makan anda hanya kerana ingin menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sehari tetapi dalam keadaan sederhana.
7. Pastikan anda mengawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli ‘protein shakes’ dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

Bagaimana KONSEP 3B shaklee boleh membantu anda untuk kurus dengan selamat.

Untuk kurus secara sihat dan memastikan tubuh kita tidak menggeleber, pemilihan produk supplement terbaik  yang memberikan kesan paling optimum adalah sangat penting. Untuk melengkapkan proses untuk kurus, diperkenalkan Konsep 3B yang mana selamat juga untuk ibu yang menyusu.
Apakah Konsep 3B?
3B ialah Bakar, Buang dan Bina yang melibatkan kitaran lengkap untuk kurus secara asasnya.
LANGKAH PERTAMA : DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.
LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.
Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.
LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)
Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.
Beberapa perkara yang perlu dielakkan :
1)      Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.
2)      Kurangkan pengambilan benda2 manis. cth: kuih yang manis. air yang manis. boleh amik…tapi kurangkan dari sebelum ni. pengurangan perlu bertahap.
3)      Kurangkan pengambilan makanan segera. No fast food! say no to fast food
4)      Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5)      Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. makan kerap takpe. asalkan jangan amik makanan banyak sekaligus. makan kerap pon amik yang kalori rendah la. jangan makan nasi pulak. yang banyak karbohidrat
Cepat tidak semestinya menjanjikan hasil yang baik dan menjadi pilihan terbaik. Tidak salah mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit asalkan matlamat anda tercapai tanpa membahayakan kesihatan diri.
Mudahkan? Konsep 3B Ini merupakan keterangan ringkas bagaimana proses penurunan berat badan berlaku dengan penggunaan Set Kurus Asas dari Shaklee. Kupasan yang lebih terperinci akan diberikan di dalam entri yang akan datang.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan boleh lah untuk mencuba Set Kurus Shaklee berdasarkan konsep ini tanpa perlu menahan lapar dan diet yang teruk. Hanya perlu makan secara konsisten, minum air kosong secukupnya, jaga pemakanan dan juga sedikit senaman ringan.

Berminat dengan KONSEP 3B yang shaklee tawarkan?

 Anda boleh hubungi atau whatsap saya 0173511136 ( Asmida )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan