Khamis, 17 November 2016

Cara buang angin dalam badan

Assalammualaikum,Bismillahirohmanirrohim

Perut kembung boleh berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus yang disekat dan tidak berupaya untuk keluar sehingga anda boleh berasa loya dan perut terasa kembung.

Punca angin dalam badan

Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman anda membuat perut anda kembung dan anda biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau burps. Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan berasa sangat tidak bertenaga, yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan.

Walau bagaimanapun, setiap masalah, ada penyelesaiannya. Cara untuk mengatasi masalah perut berangin ialah:

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang.

2. Minum air teh halia

3. Perbanyakkan halia di dalam masakan

4. Banyakkan bawang putih di dalam masakan

5. Bawang putih direbus dengan air masak dan diminum

Berikut adalah makanan-makanan yang perlu dielakkan untuk mengurangkan masalah perut berangin.

1. kubis
2. bunga kubis
3. brokoli
4. kekacang
5. bawang
6. makanan berkanji kecuali beras
7. makanan bergoreng serta berlemak
8. susu yang ada gula laktosa
9. buah-buahan yang mengandungi gula fruktosa
10. minuman berkarbonat

Bagaimana peppermint - ginger plus boleh membantu anda mengatasi masaalah angin dalam badan.

Secara ringkas Peppermint-Ginger Plus shaklee salah satu alternatif kepada masalah-masalah berikut:

1. Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
2. Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
3. Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
4. Mereka yang sering mengalami kembung perut
5. Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Keistimewaan utama Peppermint Ginger Plus ialah gabungan 4 jenis herba semulajadi dari Timur dan Barat. Maksudnya untuk menghasilkan setiap biji/tablet Peppermint Ginger Plus ini, Shaklee telah menggunakan teknologi sains terkini untuk mengkombinasikan 4 jenis herba terbaik untuk kesihatan iaitu pokok adas, cekur manis, daun pudina dan halia.

Pokok Adas / Fennal
Ia membantu menghilangkan kembung perut, melegakan kesakitan perut dan membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus. Biasnya orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk tujuan menghilangkan masalahkembung perut.

Cekur manis (anise)
Bagi orang Mesir Purba, mereka telah lama menggunakan cekur manis. Sebab apa? Ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut, dan merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan. Cekur manis juga mampu memberikan peredaran tenaga di dalam badan.

Daun pudina
Daun ini banyak digunakan bagi membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Kerap demam? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selsema dan demam lebih cepat kebah.

Halia
Sejak 2000 tahun lepas, orang Cina telah lama menggunakan halia untuk tujuan kesihatan dan pemakanan harian. Halia sangat baik untuk merangsang rembesan enzim Salvia supaya makanan lebih mudah dicernakan. Halia juga membantu melegakan sakit perut, mengurangkan sakit senggugut dan mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss / selepas pembedahan.

Cara Pengambilan Peppermint-Ginger Plus Shaklee (Rujukan : Buku Nutrisi Shaklee)

1. Membantu penghadaman - 3 biji selepas makan
2. Mencuci usus dan perut - Larutkan 3 biji dan 10 biji Alfalfa dalam air panas suam untuk diminum
3. Merawat masalah gastrik, nausea, batuk - 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
4. Kelegaan tekak, batuk, sendawa - Hisap 2 biji

Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!

Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..

Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya 0173511136 untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1081383 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."

Sekian,wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan