Jumaat, 18 November 2016

8 Langkah kurangkan tekanan darah tinggi

Assalammualaikum,
Bismillahirohmannirohim,

Masalah penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang umum di Malaysia yang memerlukan penawar darah tinggi yang terbukti berkesan, semulajadi, mujarab dan selamat untuk digunakan. 

HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit paling kerap dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini telah banyak didedahkan begitu juga cara-cara untuk mencegahnya, bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan. Oleh yang demikian, amatlah penting dan sangat berguna untuk amalkan penawar darah tinggi ini setiap hari dalam minuman dan makanan harian kita.

Apa itu penyakit darah tinggi ?

TEKANAN DARAH TINGGI adalah merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap darah tinggi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap darah tinggi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.

Kajian telah menunjukkan sebanyak 4.8 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 2 per 3 tidak menyedari yang mereka sedang menghadapi penyakit ini. Malah mereka tidak hirau langsung dan menganggap perkara ini tidak serius.

Darah tinggi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.
Sekiranya keadaan tersebut tidak dibendung dari awal boleh membawa risiko serangan atau kegagalan jantung, strok, dan kerosakan buah pinggang.

AWAS : Darah tinggi juga terjadi TANPA SEDAR

8 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

√ Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

√ Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.

√ Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

7. Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan berkait dengan masalah kolesterol tinggi.

√ Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

√ Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah.

√ Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

√ Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

8. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Semoga 8 langkah yang dikongsi boleh membantu anda kurangkan tekanan darah tinggi.

Sekian ,Terimakasih,
Asmida