Jumaat, 18 November 2016

7 Cara mencegah dan merawat kencing manis ketika hamil

Assalammualaikum,
Bismillahirohmannirohim,

Kencing Manis ketika hamil atau dipanggil GDM merupakan satu keadaan di mana ibu hamil mempunyai paras glukos yang tinggi di dalam darah semasa hamil. Secara teorinya kebanyakan wanita yang mengalami GDM biasanya tidak langsung mengetahui bahawa mereka menghidap diabetes sebelum ini.

Berat badan ibu hamil akan sentiasa meningkat sepanjang tempoh kehamilan dan sememangnya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Masalah berat badan yang berlebihan semasa kehamilan akan mengundang pelbagai masalah kesihatan. Kelahiran cacat di kalangan penghidap diabetis ketika hamil juga boleh berlaku dan risikonya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kehamilan biasa.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Oleh sebab itu pengambilan makanan yang seimbang adalah sangat penting, bukan sahaja untuk kehamilan yang sihat tetapi juga sebagai persediaan untuk sebarang komplikasi buruk berkaitan kencing manis yang kerap terjadi hanya semasa seseorang itu hamil.

Selain suplemen tambahan yang diberikan oleh doktor sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu juga harus mengawal tabiat pemakanan agar nutrisi yang sepatutnya diperlukan dapat diserap dengan baik oleh tubuh.

Antara kesan Kencing manis  kepada ibu dan anak yang dikandung:

Kepada Ibu Hamil

1. Mudah mendapat jangkitan pada Vagina/Faraj
2. Risiko untuk bersalin secara Caesarean (pembedahan) kerana saiz bayi yang besar
3. Luka bersalin lambat sembuh dan kemungkinan terkena jangkitan pada bahagian luka
4. Berisiko menghidap Diabetis

Kepada bayi dalam Kandungan

1. Risiko lahir tidak cukup bulan (pre-matured)
2. Meninggal semasa dalam kandungan
saiz bayi besar > 4kg menyebabkan kesukaran semasa bersalin normal
3. Masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan Jaundice
4. Berisiko menghidap Obesiti dan Diabetis

7 Cara mencegah & merawat kencing manis ketika hamil

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Disini saya kongsikan 7 cara untuk mencegah dan merawat kencing manis.

1. Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal

Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya sentiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.

2. Amalkan diet yang sihat 

Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda.  Diet yang disarankan ialah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik (HDL). Biskut, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah mengawal pengambilannya.

3. Melakukan ativiti fizikal pada tahap sederhana

Bersenam dapat membantu mengawal paras gula dalam badan.  Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.

4. Kekalkan berat badat yang sihat

Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk merekod berat badan secara berkala. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.

5. Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. 

Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

6. Mengambil suntikan insulin

Dalam 10-20% kes kencing manis semasa mengandung, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu ibu perlu ambil suntikan insulin untuk kawal tahap gula dalam darah.

7. Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah

Antaranya:

1. ESP - kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2. B-Complex - Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3. Vita-lea -  Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4. Ostematrix - Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5. Vitamin C - Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak.

Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang

InsyaaAllah pengambilan vitamin -vitamin ini terutamanya ESP sangat membantu dalam mengawal kencing manis ketika hamil. Jangan ambil mudah dengan pemakanan harian bila disahkan mempunyai GDM kerana risiko yang perlu ibu hadapi jika tidak mengawalnya bukan sahaja memberi kesan kepada ibu itu sendiri tapi juga kepada bayi. 

Jika ibu-ibu atau yang membaca artikel ini suami kepada isteri yang disahkan mempunyai kencing manis semasa hamil, bertindak sekarang. Dapatkan pemakanan tambahan yang membantu mengawal gula dalam darah dengan menghubungi saya.

Mengapa saya?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Puan Asmida
0173511136
Alor Setar