Jumaat, 18 November 2016

6 tips bisnes online khas buat surirumah sepenuh masa

Assalammualaikum
Bismillahirohmannirohim

Dalam entri kali ni saya nak kongsikan beberapa tips bisnes online di rumah untuk ibu-ibu yang sangat sibuk dengan urusan rumahtangga dan sangat sesuai untuk surirumah sepenuh masa.

Perniagaan yang dilakukan melalui internet adalah salah satu cara yang ada sekarang ini yang terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Peluang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja untuk meraih pendapatan yang lumayan atau tidakpun menjadi sumber pendapatan kedua. Ada kalanya anda boleh bermula dengan tidak perlu mengeluarkan apa-apa wang pun sebagai modal.

Jom baca sampai habis 6 tips bisnes online khas buat surirumah sepenuh masa.

1.Solat di awal waktu : Ini sangat membantu. Bila kita solat awal, In shaa Allah kita akan rasa waktu tu lebih panjang. Banyak benda yang kita boleh lakukan. Masa itu jadi lebih berkat.

2. Buat to-do-list : " to - do - list " atau jadual kerja harian. Ini membantu kita menguruskan perkara yang kita nak lakukan setiap hari. Dengan adanya to-do-list, ianya dapat mengelakkan kita dari terlupa melakukan perkara yang penting.

3. Luangkan masa yang berkualiti dengan keluarga : Dapat dalam setengah jam pun jadilah. Waktu ini kita fokus dekat mereka dan main bersama mereka. Dengan ini, anak-anak tidak akan terasa terabai. In shaa Allah, mereka dengan sendirinya akan faham kerja kita dan takkan ganggu kita ketika bekerja.

4. Suami dan komitmen : Nyatakan hasrat anda membantu suami dan pohon sedikit komitmen dari suami. Suami yang baik akan memberi sokongan penuh dan membantu anda memudahkan urusan bisnes online. Anda perlu libatkan suami dan visualize kan pada suami yang bisnes online ini akan menjadi bisnes keluarga.

5. Tetap target harian dan bulanan : Ramai yang tahu, target jualan sangat penting. Sentiasa kongsikan dengan suami sama ada jualan capai target atau tidak. Suami akan lebih memahami dan akan membantu bersama untuk anda capai target anda. Letakkan target permulaan yang minima dan perlahan-lahan naikkan sasaran. Anda akan lebih bersemangat dengan cara ini.

6. Daftar akaun dengan Poslaju : Setelah mempunyai daftar syarikat, anda boleh membuka akaun di poslaju. Kelebihannya, anda tidak perlu keluar rumah, pihak poslaju akan membuat collection di rumah anda. Ini sangat menjimatkan masa dan praktikal.

Okey cukup 6 tips, semoga tips yang dikongsi memberi memfaat dan sedikit sebanyak membantu surirumah tangga sepenuh masa untuk menjana pendapatan bagi membantu keluarga tersayang.

Sekian,wassalam.