Rabu, 1 Julai 2015

cara elak pedih hulu hati ketika hamil

Assalammualaikum ibu - ibu hamil..

Walaupun tiada gastrik anda mengalami pedih hulu hati , dapatkan pencetus pedih hulu hati dan cara mengatasi pedih hulu hati.

Pedih ulu hati

Puncanya ialah asid dalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus bagi  mengelak makanan naik semula.

Kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesteron menjadikannya lembut dan mengendur. Antara simptom termasuk pedih bahagian dada, perut tidak selesa, sukar menelan, makanan tertolak dan rasa pahit atau berasid dalam mulut. Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.

RAWATAN SEMULAJADI

Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan. Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah.

Elakkan pencetus---

Sangat munasabah mengelakkan terus pencetus pedih ulu hati, termasuk:

• Jus buah-buahan – mengandungi asid semulajadi

• Coklat – melemahkan LES

• Membongkok ke hadapan – memberi tekanan kepada perut

• Makanan pedas dan berminyak – melemahkan LES

• Minuman berkafein dan berkarbonat – melemahkan LESTukar tabiat makan



Amalkan TABIAT MAKANAN YANG BAIK, termasuk:

• Makan sedikit, tetapi kerap. Tidak perlu makan untuk ‘dua orang’.

• Kunyah makanan dengan perlahan

.• Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur

• Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.

• Elakkan berbaring 1 – 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.

• Elakkan minum ketika makan.

• Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan